Dalam bidang
pengkomputan,
awalan perduaan ialah nama atau simbol berkait yang mendahului sesuatu unit ukuran (misalnya
bait) untuk menandakan pendaraban
kuasa dua. Bagi sesetengah konteks (misalnya saiz
ingatan komputer), pengungkapan gandaan unit yang besar dengan menggunakan kuasa dua adalah lebih sesuai dan berguna. Komputer awal mempergunakan salah satu daripada dua kaedah pengalamatan untuk mencapai
ingatan sistem (RAM), iaitu perduaan (asas 2) atau perpuluhan (asas 10). Pada awal dekad
1970-an, istilah Kbit, Kbait, Mbit dan Mbait mula dipergunakan sebagai unit perduaan dan kemudian pada dekad
1980-an, istilah
kilobait,
megabait, dan
gigabait menjadi semakin popular bersama-sama dengan singkatannya, KB, MB, dan GB. Sungguhpun demikian, oleh sebab awalan SI memiliki maksud perpuluhan dalam setiap konteks yang lain, penggunaan sebegini telah menimbulkan kekaburan.Bagaimanapun, industri komputer masih dapat membezakan kedua-dua takrif kerana
ingatan sistem (RAM) biasanya menggunakan maksud perduaan, manakala
storan cakera menggunakan maksud perpuluhan. Walaupun demikian, terdapat juga kekecualian, misalnya
disket dan
Cakera Padat. Tidak terdapat
unit SI yang menyatakan muatan storan komputer, akan tetapi KB, MB, dan GB yang membawa pengertian perpuluhan seringnya dirujuk sebagai awalan SI.Untuk mengatasi sebarang kekeliruan,
Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa (IEC) beransur-ansur memperkenalkan awalan kibi- (
Kibibait), mebi-, gibi-, dan lain-lain, dengan simbol Ki, Mi, Gi, dan sebagainya antara [[1999 dan
2005 untuk menentukan angka kandungan perduaan bagi sesuatu kuantiti. Nama piawai yang baharu berasal daripada dua huruf di pangkal awalan SI yang asal, diikuti oleh bi yang merupakan singkatan untuk "binary" (perduaan). Daripada sudut pandangan IEC, piawai yang baharu ini juga dapat menjelaskan bahawa awalan SI kini hanya bermaksud asas 10 dan bukan lagi asas 2.Bagaimanapun, kelaziman pemberian nama perduaan
Suruhanjaya Elektronik Antarabangsa (IEC) tidak menerima sokongan yang hebat daripada sektor swasta. Sesungguhnya, penerimaannya kini semakin bertambah, dengan kelaziman perduaan tersebut disokong kuat oleh banyak badan pemiawaian dan pertubuhan teknik seperti
CIPM,
IEEE,
NIST, dan
SAE. Awalan perduaan yang baharu itu juga diterima oleh
Jawatankuasa Eropah untuk Pemiawaian Elektroteknik (CENELEC) sebagai dokumen pengharmonian HD 60027-2:2003-03 yang telah dijadikan
piawai Eropah.